Monday, December 9, 2019

MEDICAL CHECK-UP


Bismillahirrahmanirrahim...

Pantai Remis dihias cempaka, 
Harum mewangi memikat sunti;
Kusangka gerimis membawa duka, 
Rupanya pelangi merawat hati.




15 Ogos 2019 - 25 Ogos 2019. Genaplah sudah 10 hari di bumi Saudi. Boleh kata, tamat Hari Orientasi. Gitu!


Hari ini, kami perlu melunaskan satu lagi perkara penting, iaitu medical check-up! 


"Eh, bukan sebelum berangkat dah buat medical check-up ke?"

"Awak jangan terkejut, saya sampai sini berapa kali kena ambil darah! Buat Iqama ambil darah. Buat lesen pun ambil darah."

Wah, tiba-tiba terbayangkan Edward Cullen dan Bella Swan. Twilight sangat!

Mahu atau tidak, ummi, Abang Muhammad dan Adik Hana perlu juga bersiap sedia untuk melaksanakan medical check-up pada petang ini. Selepas abi pulang dari kerja.

Medical check-up kami bertiga kali ini adalah untuk melengkapkan prosedur permohonan Iqama (kad pengenalan Arab).

Lebih kurang jam 4.30 petang, kami sekeluarga ke Lulu Medical Complex. Selesai urusan pendaftaran, kami naik ke tingkat 1 untuk mengambil darah. Nampaknya, Abang Muhammad dan Adik Hana tidak dapat melarikan diri lagi.

Adik Hana dipanggil masuk bertemankan ummi. Muka dah cuak. Masuk sahaja jarum... huwaaa! 😭

"Because you're a good girl, I give you this!" kata petugas yang juga bernama Hana sambil melukis Smiley. 🙂

Belum apa-apa, Abang Muhammad pula sudah berlari menyorok di belakang kerusi sementara menunggu giliran. Bukan main takut lagi Abang Muhammad. 

"Dah ke belum?"

"Lama lagi ke?"

Ummi hanya mendengar satu demi satu soalan dilontarkan oleh Abang Muhammad dari luar. Kuat sungguh suara si kecik ni! Suntikan kali pertama, failed. Darah tak keluar. At last, dicucuk di hujung jari.

Selesai urusan pengambilan darah, kami turun ke tingkat bawah untuk menjalani ujian urin dan najis.

Nah, lagi sekali Abang Muhammad dan Adik Hana tidak akan terlepas!

Ummi? Oh, no. Big problem! Jenuhlah ummi nak kumpul sampel si ketul dua orang ni balik nanti. Ohoi! Kami diberikan bekas simpanan sampel lengkap dengan nama dan nombor siri untuk dibawa pulang. Nampaknya, projek mega akan bermula esok pagi. Eh, nasib baiklah boleh postpone! 💆‍♀️

Tamat bab darah, urin dan stool. Kami turun pula ke tingkat bawah untuk ujian x-ray.

"Abi, x-ray tu apa?" soal Abang Muhammad.

"X-ray tu nak tengok dalam badan Amad. Sihat ke, tak sihat ke..." jawab abi.

"Alamak, habislah!"

"Aik, kenapa?"

"Amad banyak makan benda tak sihat ni. Nanti nampaklah makanan Amad makan!" Automatik riak wajah Abang Muhammad berubah kerana memikirkan dirinya tidak sihat. 🤦‍♀️

Adoi, sakit perut ummi gelak mendengar cerita abi! Hah, tulah tak nak dengar cakap ummi...

"Jaga-jaga karies dah nampak pada gigi depan. 6 years nanti gigi susu dah mula gugur. Habislah Amad!"

Risau sekali Dak Amad.

"Eh, my wife has not done her x-ray yet!"

"Yes, yes I know. Meet the doctor first. Come, follow me. Doctor wants to see you."

Kami menuruti langkah Miss Hana sekali lagi ke tingkat 1.

"Awak, kenapa kita kena jumpa doktor lagi? Tadi kan doktor dah cek semua," soalku kepada encik suami.

"Come, all of you!" Kami dipanggil masuk ke bilik doktor.

"Assalamualaikum, Anas. How are you? I want to give you good news."

Aku mengambil tempat duduk bersebelahan encik suami sambil memegang Abang Muhammad.

"You're wife is PREGNANT!"

"Hah? What?" Serentak aku dan suami terperanjat.

"Seriously?"

" Why you angry? I'm giving you good news" kata doktor.

"Unexpected." Hanya sepatah jawapan terkeluar daripada mulut kami dengan riak wajah antara senyum dan terkejut.

"Amad, Amad nak dapat adik!"

"Baby Omar ke ummi? Amad nak Omar!"

Fuh, tiga jam juga kami menjalani semua proses pemeriksaan. Khalas! Alhamdulillah, everything is fine.

"Anak-anak abi good boy, good girl, jom reward makan kat luar, nak? Celebrate nak dapat adik lagi!"

Restoran pilihan kami hari ini ialah Tandoori House, an asian taste.

"Wow, nice decoration!"

"Family section, please"

"Close or open?"

"Open is ok."

Ya, kebanyakan restoran di sini menyediakan ruangan terbuka dan tertutup. Ada juga ruangan khas untuk keluarga. Pelanggan boleh memilih mana berkenan! 

Nampak tak papan hitam di belakang tu? Setiap papan tertulis nama-nama rempah dan penerangannya setiap satu. Saffron, black pepper, etc. Papan itu sebenarnya pintu untuk ruangan makan tertutup. Design ala-ala hidden door gitu. I like!

Oh, sementara menanti hidangan sampai, kami diberikan satu bakul kecil berisi roti tandoori. Tandoori ya, bukan paratha tau! Dak Amad dan Dak Hana suka sangat ni. Siap mintak tambah satu bakul lagi! 

Eh, tak cerita lagi tentang roti paratha yang sedap di sebuah kedai makan tu! Sebut paratha, terus teringat Hrithik Roshan dalam Mujhse Dosti Karoge. Delicious! 

Ah, masih tidak percaya dengan apa yang dikatakan oleh doktor tadi kerana keputusan adalah berdasarkan blood test bukan urine test.

Maka, keluar saja dari hospital, kami pulang ke rumah untuk solat dan keluar semula mencari farmasi untuk membeli Urine Pregnancy Test (UPT).

Selesai makan malam di Tandoori House, kami pulang ke rumah. UPT dijalankan dan hasilnya...

POSITIF!

Allahuakbar, rupa-rupanya pregnancy test by blood lebih sharp berbanding urine. 90 - 98%! 

No comments:

Post a Comment