Saturday, August 31, 2019

TIP BERHIJRAH KE LUAR NEGARA


Bismillahirrahmanirrahim...

Kalau sudah katakan sudah,
Tidak terkira lama menanti;
Bukan mudah mahu berpindah,
Banyak perkara mesti diteliti.


Sumber: Google

Proses untuk berpindah dari satu tempat ke satu tempat bukanlah satu kerja mudah. Berpindah antara rumah pun penatnya sangat terasa. Apatah lagi, berhijrah dari dalam negara ke luar negara. Sememangnya banyak perkara yang perlu difikirkan.

Semester akhir pengajian, ditakdirkan pasangan hidupku akan bertugas di negara lain. Peluang yang hadir untuk aku memilih tempat bertugas di hometown terpaksa dilepaskan. Borang permohonan penempatan kali pertama diubah. Aku menghantar borang lapor diri kedua serta-merta!

Ya, Hadiah Latihan Persekutuan 2016/2018 (HLP) ialah jalan kedua untuk aku memilih kerjaya baharu dan tempat bertugas yang diingini. Hampir tamat pengajian, keputusan berubah 360 darjah. Rancanganku, pulang ke kampung halaman. Rancangan Allah, hijrah mencari pengalaman. Kun fayakun!

Sedih? Keliru? Pening? Apa nak buat ni? Redah dan redha!

“Tempoh cuti belajar saya akan tamat sebulan sahaja lagi. Tetapi, bagaimana prosedur untuk saya memohon cuti tanpa gaji mengikut suami pula?”

Dalam hati, pasti aku dipandang teruk oleh orang sekeliling. Dah cuti, nak cuti lagi? Lemak! 

Ya. Dahulu, cuti belajar bergaji penuh dengan biasiswa. Sekarang, cuti tanpa gaji. Hah, nak kata apa? Apa nak jadi pun, jadilah. Selagi ada jalan untuk aku tidak melalui episod PJJ lagi, aku tetap teruskan dengan pilihan yang ada. Follow the flow.

“Boleh. Buat surat permohonan penangguhan kontrak. Kemudian, mohon CTG melalui ketua jabatan baharu.” 

Ketua jabatan baharu? Aku nak bekerja di negeri mana soalnya sekarang? Bagaimana aku mahu mengurus anak-anak tanpa suami selama beberapa bulan ini? Di mana lokasi terbaik

Saat ini, setiap kekurangan dan kelebihan yang ada dicatat. Banding beza dilakukan. Keputusan mesti tepat agar aku tak penat. Guru pilihan nombor satu. Tempoh bekerjanya membantu memudahkan urusanku. Stay di Melaka is better. Pengasuh settle. Sekolah anak pun settle. Habis, tak gunalah sambung study? Still tak dapat berkhidmat di kampung halaman. 

Sesungguhnya, pengalaman #DiaryMasterjee sangat indah. Nantikan kisah ini dalam buku terbaru #BKHSolo2020! Ketentuan Allah, pasti ada hikmah di penghujungnya. Say no to ‘menyesal’. 

Sekejap-sekejap, Bahagian Tajaan Pendidikan KPM dihubungi. Sekejap-sekejap, e-mel rayuan dikirim sana dan sini. Sibuknya mengurus pekerjaan diri sendiri. Ke hulu ke hilir berjumpa individu tertentu. Struggle!

Aku bersyukur dengan jalan cerita yang ditetapkan oleh-Nya. Akhirnya, aku diletakkan di sebuah sekolah yang hampir dengan tempat tinggal. Melangkah sahaja ke lokasi kerja baharu, maka bermulalah proses persediaan untuk berhijrah. 

PERSEDIAAN SEBELUM BERHIJRAH.

1. URUSAN DALAM NEGARA

i) MOHON CUTI AWAL.

Mohon cuti awal ini penting agar persediaan rapi dapat dilakukan. Namun, proses ini bukan boleh selesai sekelip mata. Satu demi satu dokumen perlu ditunggu untuk dilampirkan. Perkara antara dua lokasi berbeza. Hanya mampu menanti dengan sabar. 

  • 2 Ogos 2018, aku melapor diri. 
  • 8 Februari 2019, dokumen lengkap dihantar ke jabatan. 
  • 8 April 2019, permohonan cuti diluluskan. 
  • 15 Ogos 2019, tarikh penerbangan.

Maka, ada beberapa bulan untuk aku persiapkan perkara berikutnya. Suami pula mengurus hal-hal untuk membawa keluarga ke sana. Tempat orang, lainlah prosedurnya.

ii) URUSAN RASMI

Perkara pertama yang diselesaikan ialah ZAKAT PENDAPATAN. Memandangkan aku tidak lagi bergaji, maka potongan zakat pendapatan yang dilakukan melalui potongan gaji sejak mula berkhidmat sebagai guru perlu dibatalkan. Mudah saja. Semuanya online. Ikuti langkah yang dinyatakan. Kerjasama dengan kerani sekolah juga perlu. Aku bersyukur kerana kerani sekolah lama dan baru sentiasa membantu.

Kedua, CUKAI DAN E-FILING. Tetap perlu declair. 

Ketiga, AKAUN BANK bagi individu yang membuat apa-apa pinjaman. ANGKASA juga perlu ambil maklum jika melibatkan bayaran bulanan melalui potongan gaji. Dapatkan nombor akaun untuk bayaran melalui deposit online dari luar negara. 

Keempat, selesaikan urusan simpanan wang peribadi dan anak-anak dalam AKAUN TABUNG HAJI. Cetak dan simpan penyata akhir untuk melihat baki simpanan. 


Selesai semakan akaun ummi, Abang Muhammad dan Adik Hana.

Seterusnya ialah BIL-BIL. Astro dipotong serta-merta. Internet dipindahkan ke rumah keluargaku di Pahang kerana tempoh kontrak masih belum tamat. Bayaran bil boleh dilakukan secara online. Bil elektrik dan bil air juga masih dibayar secara atas talian selagi belum ada penyewa.

Sebelum terlupa, tamatkan SESI PERSEKOLAHAN anak dulu ya. Segala bayaran berkaitan dan yuran wajib dilunaskan. Buku-buku berkaitan juga dikumpulkan oleh guru untuk dibawa pulang oleh anak. Begitu juga dengan hal PENGASUH anak-anak. Selesaikan bayaran yang masih berbaki. Jangan berhutang!

Akhir sekali, INSURANS. Aku dan anak-anak masih di Malaysia. Suami pula di luar negara. Maka, insurans untuk kami anak-beranak di Malaysia tetap diperlukan. Bimbang apa-apa berlaku dalam tempoh beberapa bulan sebelum penerbangan. Bayaran bulanan juga secara online.

Siapa sangka, Adik Hana hampir ditahan wad? Alhamdulillah, agen insurans sentiasa call dan WhatsApp every single minute untuk mengetahui perkembangan Adik Hana ketika itu. Kurang sedikit kebimbanganku. Perkhidmatan perubatan untuk ke hospital pilihan telah pun bersiap sedia. Syukur, Adik Hana pulih segera.

iii) URUSAN TAK RASMI

Urusan tak rasmi ini jauh lebih memenatkan kerana melibatkan kudrat fizikal sendiri. Tak perlu lagi memandu ke sana ke sini, tetapi perlu berjalan, turun naik tangga dicampur dengan ‘kerajinan’ anak-anak yang setia menemani. Faham sajalah!

TEMPAT TINGGAL. Nak disewakan atau dijadikan inap desa (homestay)? Fikirkan. 

Apa-apa pun, aku mengambil tindakan untuk mengosongkan rumah terlebih dahulu. Barang-barang besar seperti sofa, peti sejuk, TV dan etc ditinggalkan sahaja untuk kegunaan ahli keluargaku yang kerap juga ke sana sementara adikku masih menyambung pengajian di situ.

BARANG KELENGKAPAN. Alhamdulillah juga sepanjang tiga tahun bermastautin, perabot rumahku tidak banyak. Tiada meja makan. Tiada katil. So, tak perlu fikir.

Tapi
Tapi
Tapi

Barang-barang kecil ni yang renyah! Pakaian, permainan, buku-buku, pinggan-mangkuk, barangan elektrik dan sebagainya.

So, langkah pertama ialah JUAL segala keperluan yang tidak lagi menjadi keperluan! Hampir 50 item berjaya dijual. Boleh tahan. 

Kemudian, SEDEKAH kepada mereka yang memerlukan. Dua rak baju kurung selamat diberikan kepada bekas anak-anak muridku dan keluarga. Satu rak lagi bagi adik-adik di rumah pakai. Settle! 

Last, PINDAHKAN barang yang masih perlu ke rumah keluargaku. Step ni yang makan masa. Apabila dipindahkan, wajiblah dikemas semula. Macam tak percaya semua dah tersusun elok!

KENDERAAN. Selama berkahwin, hanya aku yang memiliki kereta baharu. Cukup setahun lagi, selesai bayaran. Ketiga-tiga kenderaan kami diserahkan kepada ahli keluargaku dan mentua. Bagi adik-adik guna. Sebelum bertukar tangan, wajiblah bawa servis dahulu!

Tapi, macam mana nak serah itu perlu difikirkan? Sorang mai dari Johor naik bas. Sorang mai dari Pahang, balik terbang dengan Ninja. Sorang lagi plak angkut dari KLIA. Macam-macamlah!

DOKUMEN. Ya, sebelum berpindah, aku mengemaskini tempat simpanan dokumen-dokumen penting seperti geran kenderaan, perjanjian rumah, dokumen bank, bil-bil, sijil, surat-menyurat dan seumpamanya di dalam beberapa buah fail yang dilabelkan. Hal ini kerana ada beberapa dokumen dibawa ke luar negara dan ada dokumen ditinggalkan dalam keadaan kemas dan tersusun sahaja.  
BAHAN KOLEKSI. Dalam bab ini, aku mungkin berbeza. Minat sebagai pengumpul tiket bas, tiket kapal terbang, sampul duit raya, kad raya, penanda buku, setem, poskad, duit syiling dan wang kertas dari negara-negara luar dari Malaysia serta artikel sendiri yang diterbitkan dalam akhbar dan majalah membuatkan aku mengambil langkah untuk menyediakan tempat simpanan bahan koleksi yang teratur. Segalanya disusun dan disimpan dengan cermat! 


 Travelog

Setem dan filateli

Akhbar dan majalah

2. URUSAN LUAR NEGARA (ISTERI)



i) FIZIKAL

Ya, selesai urusan sebelum ini, masih ada tugas menanti. Satu demi satu check list diteliti.


PAKAIAN

Bawa pakaian musim sejuk dan musim panas untuk diri sendiri dan anak-anak. Asingkan juga pakaian di dalam rumah dan di luar rumah. Jangan lupa, pakaian siang dan malam. Mak-mak... beginilah. Sediakan seminimum mungkin! Tak perlu banyak. Sampai di sana nanti, masih boleh dicari.

UBAT-UBATAN

Stand by juga keperluan ini untuk diri sendiri dan anak-anak. Macam-macam ubat ummi bawa, yang biasa diguna, selesa dan serasi. Hari ini, Adik Hana selesema, mujur bawa garlic balm!


 Garlic balm

Tambahan lagi, diri sendiri memang bermasalah kulit sensitif. Lotion Allano, Aloe Vera jelly dan herbal blend antara yang wajib disediakan.

Complete!

Kulit akan sentiasa kering dalam cuaca panas dan kerap berada bawah air-cond. Baru beberapa hari di sini, bibir mula mengelupas. Moisturizer wajib ada!


Thank you Kak Su for special gift!

MAKANAN

Awal-awal ni, tidak banyak stok yang dibawa. Suami tak sempat nak survey! Bahan asas untuk memasak yang tiada dijual atau dijual dengan harga yang mahal sahaja yang kami sediakan. Antaranya, sos cili, sos tiram, kicap, sup bunjut dan lada kering. Akan datang, kita tambah lagi. Tapi, tunggu setahun dululah!

BUKU

Sesungguhnya, bimbang nak bawa buku banyak-banyak. Berat! Abang Muhammad dah bawa satu beg sekolah buku-bukunya. Aku mengambil keputusan untuk membawa bahan-bahan rujukan yang diterima dalam bengkel-bengkel penulisan dan karya peribadi yang telah diterbitkan sahaja. Pembekal semangat untuk terus menulis. Caiyok!

ALAT PERMAINAN

Wajib juga bawa satu, dua jenis permainan untuk anak-anak fokus dengan aktiviti di rumah sebelum memulakan sesi persekolahan. Pilihan anak-anakku, tak lain tak bukan, lego dan beyblade! Nak beli mainan di sini? Banyak sangat pilihan! Jimat dulu. ðŸ¤­

DOKUMEN

TIKET PENERBANGAN, LETTER OF GOOD CONDUCT dan VISA diuruskan oleh agen. 

Aku perlu menyelesaikan urusan PASSPORT, MEDICAL CHECK UP, SUNTIKAN VAKSIN, REKOD IMUNISASI dan GAMBAR BERUKURAN VISA untuk diserahkan kepada agen.

Vaksinasi

Dokumen yang telah lengkap akan diposkan kembali oleh agen untuk dibawa ke luar negara.

Maka, lengkaplah sudah lima bagasi!

ii) MENTAL

Al-Quran Tagging

Selesai keperluan luaran, jangan lupa persiapan dalaman. Penting untuk mengisi masa agar tidak rasa bosan dan terasing.

ILMU

Ada dua slot pengisian ilmu penulisan yang telah didaftarkan sebelum berangkat ke bumi Saudi.

Pertama, Kelas Blog Cikgu Anys Idayu Zakaria pada 23 hingga 30 April 2019. Kelas secara atas talian. Boleh jadi diari harian. Tulis panjang-panjang!

Kedua, Bengkel Travelog bersama-sama Puan Nisah Haron pada 3 Ogos 2019, iaitu 12 hari sebelum berangkat. Pesan puan guru, buat kajian tentang lokasi travel sebelum memulakan perjalanan!

Kedua-dua slot ini adalah yang paling penting untuk aktiviti penulisanku nanti. Alhamdulillah, Allah izinkan.

Ya, do what you love, love what you do! Menulis satu-satunya terapi dan kerjayaku buat masa ini. Alhamdulillah, jaringan bersama rakan sefikrah telah berjaya dibina untuk memudahkan kerja-kerja antara dua benua. Syukur!

ROHANI

Yakin, Allah sebaik-baik perancang. Semoga Allah melindungi seluruh ahli keluargaku dalam keadaan sihat walafiat. Nah, Al-Quran Tagging ni baru saja dibeli daripada Paun Nurul Asyikin Ngadiso tau. Al-Quran pun siap beli baharu bersama semangat baharu di tempat baharu. Gitu!

Pertama, tekad mahu mengaji lebih banyak daripada biasa! Kata dah tak kerja, mestilah ada lebih masa. Ya tak? Kedua, tidak banyak buku yang dibawa sebagai rujukan dalam penulisan. Pastinya, kalam Allah jadi panduan.

Kenapa Al-Quran Tagging? Kalau rajin tengok channel Astro Naura, mesti tertarik nak memiliki al-Quran ni. Mudah bagiku untuk mendapatkan isi kandungan yang mahu ditekankan dalam karya penulisan. Mujurlah Puan Sri Diah Shaharuddin ada kongsikan tentang bingkisan ini suatu ketika dulu. Puas hati!

EMOSI

Bagaimana mahu jaga emosi apabila tidak dapat berjumpa ahli keluarga selalu? Ya, internet. Internetku telah dipindahkan ke rumah keluarga. Maka, arahanku kepada adik-adik, "Install SKYPE dalam laptop Kak Long tinggalkan tu. Video call hari-hari!" Sejenis Kak Long!

Demikianlah, untuk rasa dekat dengan famili. Jaga emosi! Tambah pula, atuk dan nenek tidak lagi dapat melihat Abang Muhammad dan Adik Hana membesar di depan mata. Nasib baik, kedua-dua belah keluarga menerima cucu baharu. Cantik Allah susun.

Alhamdulillah, sudah dua minggu di tanah Arab. So far so good!

3. URUSAN LUAR NEGARA (SUAMI)


TEMPAT TINGGAL dan KENDERAAN diuruskan oleh suami sebelum kami anak-beranak tiba.


Manakala, IQAMA, INSURANS, PERSEKOLAHAN ANAK dan  MEDICAL CHECK UP diuruskan setelah kami sekeluarga tiba di tanah Arab.

Insya-Allah, perinciannya akan dikemaskini dari semasa ke semasa! 


KEEP EXPLORING & DISCOVERING.

1 comment:

  1. Assalamu'alaikum cikgu,
    Nak tanya :-
    1) berapa lama kita boleh dapat ctg mengikut pasangan berkhidmat luar negara?
    2) setelah kita ctg, adakah kedudukan kita 'floating' atau kita masih di bawah sekolah yang sama?

    ReplyDelete