Ya Allah, berkati langkah ini.
Tiket penerbangan transit ke Dubai pada pagi ini ialah jam 10.35 pagi. Seperti biasa, tiga jam sebelum waktunya, kami perlu berada di lapangan terbang. Kali ini, memang perlu berada awal di airport kerana bilangan beg yang dibawa adalah banyak.
"Kitorang baru nak gerak ni," adikku, Kak Teh memaklumkan tentang pergerakan familiku dari Pahang.
Jam 1.45 pagi mereka sudah bertolak kerana satu bagasi kami ada bersama mereka. Jadi, mereka juga perlu tiba awal di airport. Bagi mengelakkan kesesakan setelah melepasi Tol Gombak, pergerakan awal adalah wajar.
Tepat jam 5.30 pagi, kami pula bertolak dari Kuala Selangor. Keluarga mentua menaiki sebuah kereta dan suamiku memandu Proton Persona milikku yang akan diserahkan kepada adikku di KLIA nanti.
Seawal jam 7.00 pagi kami sudah berada di airport. Terus sahaja berbaris untuk check-in luggage. Sesungguhnya, waktu ini sangat mendebarkan. Muatan beg yang dibenarkan ialah 35 kg setiap seorang menjadikan jumlahnya 140 kg.
Setiap beg telah pun ditimbang dari rumah supaya tidak melebihi 35 kg. Malangnya, kami terlepas satu maklumat penting!
"Satu bagasi tidak boleh lebih daripada 30 kg, encik. 35 kg yang dibenarkan bermaksud, 30 kg satu bagasi. 5 kg lagi di bagasi yang lain atau 25 kg satu bagasi dan baki 10 kg untuk bagasi kedua." Begitulah analogi yang dijelaskan oleh petugas kaunter.
Hah, tunggu apa lagi? Dua bagasi kami melebihi 30 kg. Maka, kelam kelibutlah! Encik suami berlari mencari kedai yang sudah dibuka dalam KLIA 1 untuk membeli satu beg tambahan. Fuh, RM 300 untuk sebuah beg berjenama biasa bersaiz medium! Menangis ooo...
Tugasku pula mengasingkan barang yang boleh mengurangkan muatan beg. Nasiblah si isteri ni cerewet bab 'packing-memacking'. Setiap barang telah pun dimasukkuan dalam organizer vacuum seal storage bag yang dibeli di Daiso terlebih dahulu, jadi taklah malu rasanya apabila bagasi perlu dibuka di hadapan khalayak famili yang hadir. Selamat!
Sekali proses sahaja, beg ditimbang untuk kali kedua. Alhamdulillah, lima bagasi lepas!
Lima bagasi kesemuanya.
Hampir jam 9.30 pagi, langkah memasuki boarding gate menapak dengan sangat berat. Menitis juga air mata ini meninggalkan keluarga tercinta. Ya Allah, lindungi seluruh ahli keluargaku. Semoga diizinkan untuk bersua lagi dalam keadaan yang selamat. Amin ya rabb.
Goodbye everybody!
Terima kasih sahabat atas bingkisan yang sangat dekat dengan jiwaku. Peneman sepanjang perjalanan dari Kuala Lumpur ke Dubai. Siap satu karangan! Separuh buku juga telah selesai dibaca.
Bahagia betul penerbangan ummi kali ini. Walaupun diuji dengan muatan beg yang berlebihan di airport sebentar tadi, ummi direzekikan pula untuk upgrade tiket economy class kepada business class.
Uish, pisang berbuah dua kali ni! Ada yang sudah membaca kisah Taming Sari ke Eiffel Tower dalam naskhah Kembara Tidak Ajari Kita Menjulang Benci? Hah, kisahnya terbalik pula tau!
Rezeki ummi first time dapat seat business class.
Peluang keemasan untuk meninggalkan Adik Hana dan Abang Muhammad bersama abinya. Dapatlah ummi berada dalam dunia fantasi seketika. Ummi yakin, abi mampu menangani situasi ini.
Seat business class berada di tingkat atas. Jadi, sesekali ummi perlu turun melalui tangga di belakang kabin untuk menjenguk anak-anak di bawah. Banyak juga halangan untuk sampai ke kabin ketiga ni!
"Awak, nanti turunlah sekejap-sekejap bawa makanan dari atas. Amad dan Hana suka kudap-kudap tu!" pesan suamiku.
Kepenatan hari-hari sebelum berangkat membuatkan aku mudah terlelap. Penerbangan ini mengambil masa tujuh jam untuk tiba di Dubai International Airport. Selepas sejam perjalanan, aku turun melihat anak-anak.
Alhamdulillah, Adik Hana lena terbaring di atas seat. Abang Muhammad setia dengan rutinnya di dalam kapal terbang, movie or games! Nampaknya, encik suami boleh handle dengan baik. Aku naik semula ke tingkat atas. Menulis dan membaca untuk beberapa jam pertama.
Kali kedua turun ke tingkat bawah, anak-anak sedang seronok menikmati makanan yang disediakan. Aku memangku Adik Hana beberapa ketika. Alhamdulillah, Adik Hana langsung tidak meminta untuk disusukan. Begitulah, encik suami memang bijak dan kreatif dalam bab ini. Distraction demi distraction sehingga Adik Hana 'melupakan' ummi.
Cubaan ummi untuk bertemu encik suami dan anak-anak untuk kali ketiga tidak berjaya!
"Ah, nampaknya salah timing kali ni!"
Pramugara dan pramugari sedang sibuk menolak troli makanan mereka. Sesungguhnya, jarak yang perlu ummi rentas untuk tiba di tempat duduk anak-anak bukanlah dekat. Tiga kabin!
"Ah, stuck! Naik semulalah camni."
Demikianlah. Ada masa ummi tenang-tenang melayan 'me time'. Ada masa ummi berlari-lari mendapatkan Adik Hana dan Abang Muhammad. Terngiang-ngiang suara Adik Hana memanggil ummi. Sindrom mak-mak. Tak boleh terpisah!
16 OGOS 2019.
Saya masih dalam proses untuk mendapatkan sumber internet. Doakan dipermudahkan.
Bak kata suami, "Petang ni kita settle-kan nombor awak. Awak tu barang rumah semua jatuh nombor dua, internet nombor satu!"
Muchas gracias suami yang memahami! "Haruslah awak, saya ada assignment writing kena siapkan tau. Ada deadline lagi!"
Begitulah, setelah mengharungi penerbangan lebih tujuh jam, kami transit pula di Dubai International Airport yang terletak di sebuah country in the Middle East, iaitu United Arab Emirates (UAE).
"Eh, kenapa semua orang berlari-lari ni awak?" soalku kepada encik suami.
"Flight kita tadi delay sejam awak. Risau terlepas flight seterusnyalah tu!" balas suamiku.
"Oh, saya tengok awak relax je! Kita tak yah lari-lari ya?"
"Tak payah. Kita kat sini lapan jam awak. Dubai satu round-lah!"
"Mak aih. Ate mohlah kita!"
Nak check-in hotel atas tu tak mampu!
Layankan Abang Muhammad test drive di Dubai dulu!
Koleksi travelog terbaru ummi.
Penerbangan seterusnya akan mengambil masa satu jam sahaja. Suami masih cuba menghubungi sahabatnya di Arab Saudi untuk penempatan sementara kami pada malam ini.
"Andai kata kita sampai lewat, saya kena cari hotel ni," kata suami.
Ya, sebagaimana aku sibuk mengurus hal ehwal di Malaysia, suami juga sibuk menyelesaikan urusan membawa keluarga ke sini. Tempat tinggal, kenderaan, visa, iqama (kad pengenalan Arab) dan sebagainya.
Alhamdulillah, 7.38 petang kami menaiki kapal terbang kedua yang akan mendarat di King Fahd International Airport, Dammam. Harapnya tiada lagi drama yang dilakonkan oleh anak-anak ummi dalam penerbangan yang mengambil masa pendek ini.
Tak cukup dengan kisah beg! Geli hati ummi mendengar cerita abi siang tadi. Cerita apalah tu? Tunggu buku travelog ummi siap nantilah! Entah bilalah tu ya?
"Awak, tak payah nak pose beria sangat depan kamera tu. Nanti keluar muka kita masa buat umrah dulu juga!" kata suamiku sewaktu tiba di kaunter imigresen.
"Wah, gambar lima, enam tahun dulu? Muda remajalah iolls!"
Adik Hana pula buat hal tak nak tengok kamera. Tutup muka! Dia dah mula dah...
Langkah terakhir sebelum meninggalkan airport... kastam!
Titt
Titt
Titt
Alamak, berbunyilah pulak. Beg makanan tu. Jangan cakap ada bahan masak kena tinggal sudah!
Hah, kotak sos menimbulkan curious pegawai kastam. Nasib, lepas. Almaklumlah, di sini tiada sos cili!
Syukur alhamdulillah. Kami selamat tiba di tanah Arab. 1.30 pagi, tubuh direbahkan selepas 24 jam perjalanan.
Ayuh, nikmati hidangan pertama di bumi Saudi. Nampak tak apa iolls nampak? Timun! Yes, hantu timun is coming. Manis yang amat!
Usai menikmati sarapan, kami meneruskan perjalanan ke lokasi rumah kediaman kami. Sumber internet diperlukan untuk menggunakan aplikasi Waze. Encik suami mengemaskini nombornya secepat mungkin.
Alhamdulillah, dapatlah aku meminjam hotspot-nya untuk menyemak mesej-mesej yang singgah ke peti inbox buat seketika. Sesungguhnya, keletihan penerbangan semalam masih belum hilang. Namun, laporan terkini tetap perlu disampaikan kepada ahli keluarga.
Ya Allah, meriahnya wall FB dan WhatsApp dengan hebahan tentang Seminar Penulisan Mega Bonda Nor buat kali kedua! Sungguh, sedih rasa hati tidak dapat turut serta untuk kali ini. Jasadku jauh beribu kilometer. Andai ada BDC kedua, aku tiada bersama mereka. Sedih!
"Dah, dah, Absha relax. Jangan banyak fikir. Allah ada. Allah ada. Tarik nafas. Lepas."
Dan
Dan
Dan
"Eh, ni ada barang pos awak sampai semalam," Kak Teh memaklumkan kepadaku.
"Aik, apa lagi? Shoppe ke? Nama siapa? Kak Long tak ada order apa-apa dah!" balasku.
"Entahlah. Macam buku. Hadiah kot."
"Tapi, tak ada pula orang minta alamat rumah untuk pos hadiah?"
Aku meminta adikku membuka bungkusan sepantas kilat. Ya Allah, masya-Allah. Laju air mata kegembiraan mengalir di pipi. Tiada kata yang mampu kuungkap saat ini. Hanya terlewat satu hari. Tetapi, hadiah ini amat bermakna dan begitu berharga.
"Eh, awak ni dah kenapa?" soal suamiku yang kehairanan melihat isterinya tiba-tiba sahaja teresak-esak menangis.
"Awak, awak tengok ni. Cepat, awak tengoklah!"
"Aik, ni bukan combination buku bestseller yang kita cari kelmarin? Wah, Bonda Nor hadiahkan untuk awak ke? Bonda kenal awak ke? Sayangnya, terlewat sehari je kalau tak boleh awak bawak!" Bertubi-tubi soalan diajukan oleh encik suami.
"Entahlah awak. Bonda kot. Tengok alamat dari Terengganu. Bonda Nor Resources pula tu. Bonda memang duduk di Terengganu. Bonda kalau bab prank ni memang nombor satu. Tapi, seriuslah bonda hadiahkan buku ni untuk saya? I'm nobody. Ya Allah ya Tuhan. Magik apakah ini? Buku ni..."
Speechless!
"Absha, mai sekarang. Sat gi akak nak pi airport dah." Mesej diterima daripada sahabatku yang sudah tiga tahun menetap di sini.
Ya Allah, magik dan magik lagi!
"Hah? Akak nak balik Malaysia? Akak, saya minta adik saya pos barang ke rumah akak nanti akak bawak mai Arab ya!"
Begitulah, rahsia Allah. Manisnya ukhuwah. Terima kasih Allah atas nikmat kebahagiaan ini. Sujud syukurku kepada-Mu.
Dah, dah, kesat air mata. Hidup mesti diteruskan! Destinasi pertama hari ini ialah rumah kediaman yang disewa oleh encik suami. Rumah company under renovation katanya.
Maka, beberapa hari sebelum kami tiba, encik suami meninjau kawasan terbaik untuk keselesaan keluarga. Bukan biasa-biasa lokasi yang dicari. Miami Arab gelarannya! Tahu kenapa?
Pantai, pantai dan pantai. Cantiknya, subhanallah!
View hijau biru pantai!
"Inikah rumah kita? Tak nampak pagar pun. Semua petak!"
"Ya, ada pintu kecik ni satu je. Tapi, berat! Keliling batu. Boleh jugalah berlindung daripada ribut pasir. Rumahnya tak ada bumbung macam kita. Iyalah, hujan pun tak sampai 10 kali setahun," jelas suami.
Pattern rumah di sini daripada pandangan luar.
Kami anak-beranak pusing mengelilingi rumah. Boleh tahan penat nak mengemas! Setiap ruangan berpintu termasuklah dapur dan ruang tamu. Baru beberapa hari rumah ini ditinggalkan oleh penghuninya kerana berpindah ke tempat lain. Orang Malaysia juga.
Aku meneliti kelengkapan rumah satu per satu. Tugas mencatat pun bermula. Senarai keperluan untuk dibeli memenuhi Group WhatsApp #LakiBini. Siap sedialah encik suami!
"Berapa sewa rumah ni awak?"
"Adalah... tapi bayaran sewa sama ada enam bulan sekali atau setahun sekali. So, kena standby duit siap-siap!"
"Oh, lump sum!"
"Kat sini memang semua macam tu. Tak ada hutang lama-lama. Kereta pun sama. Sekejap je dah habis bayar."
Begitulah serba sedikit yang diceritakan oleh encik suami. Hal-hal besar sebegini memang diserahkan kepada encik suami 100%. Aku jadi akauntan saja. Kira duit keluar masuk!
"So, apa je nak beli ni? Kita pergi cari lori dulu untuk punggah barang-barang dari rumah kawan saya. Lepas tu kita pergi LuLu Hypermarket."
Kebetulan, ada kawan encik suami berpindah rumah. Barang-barang utama seperti sofa, katil, almari pakaian, meja solek, meja kopi dan coat rack tidak lagi digunakan. Maka, diserahkan kepada encik suami. Kami terima saja. Jimat!
Fuh, berderet lori! Pilih mana berkenan? Mudah. Ada satu kawasan kebanyakan pekerjanya ialah orang Pakistan. Bayarannya lebih murah berbanding lori yang dikendalikan secara profesional.
Selesai urusan lori. Kami mencari barang keperluan harian, iaitu barangan elektrik dan pembersihan dahulu. Hari ini hari Jumaat. Kebanyakan kedai dibuka lewat. Jadi, masa yang kami ada juga singkat. Beli yang mana wajib!
"Awak, dah pukul berapa ni? Lapar dah ha."
"Kita solat dan makan kat sini jelah. Balik terus tidur," saran suamiku.
Setelah dua troli penuh dengan vacuum cleaner, rice cooker, blender, mop lantai, sabun dan sebagainya, kami menikmati makanan dari gerai yang menyediakan hidangan Asia. Kenyang!
Entah pukul berapa kami tiba di teratak baharu? Pengsan tak tahu waktu!
17 OGOS 2019.
Bangkit hari kedua,
anak-anak masih tidur lena. Aku memulakan tugas membersihkan rumah yang masih
berhabuk belum disapu. Berpasir kaki memijak.
Ya Allah ya Tuhan, badan ni dah mula sakit-sakit. Rehat tak cukup. Nak tak nak,
aku perlu selesaikan semua kerja ini demi keselesaan suami dan anak-anak.
Barang-barang yang dibeli semalam dikeluarkan dan disusun. Oh, vakum sahabat
baikku! Marilah kita menjalankan tugas. Seram sejuk nak membuka satu demi satu
pintu. Macam hotel! Takut juga.
Pintu hotel.
"Mak aih, besarnya sofa. Klasik! Arab sangat ni," getusku saat melihat ruang tamu yang diletakkan sofa oleh orang Pakistan malam semalam.
Ada lagi sambungan sofa ni tau!
Kaki melangkah pula ke dapur.
"Perabot kayu. Taste mak ni. Ada mesin basuh. Ada dish washer." Aku meneliti design 'tempat tidur' kaum ibu sambil menyusun beberapa barangan elektrik dan kelengkapan dapur yang telah dibeli.
Dapur daripada pandangan pintu masuk.
Barangan elektrik yang dibeli semalam sudah tersusun.
Mesin basuh baju ada. Mesin basuh pinggan pun ada!
Masuk ke bilik utama, "Ya Allah, aku hidup zaman Firaun dan Cleopatra ke? Katil tu, meja solek ni... besar gedabak!"
Lebih pada king size ni!
Besarnya!
Terasa benar suasana Arab! Gigih keesokan harinya aku dan suami mencari cadar fitted bersaiz 200 ke atas kerana bentuk tilamnya segi empat sama dan sangat besar. Pelik!
Nampaknya, inilah kali pertama Abang Muhammad dan Adik Hana dapat merasa tidur di atas katil di rumah sendiri. Selama ni beralaskan tilam sahaja. Natijah kisah jatuh katil yang tak berkesudahan. Kali ini, insaflah harapnya.
Langsir bilik pula sudah siap sedia ada berwarna kuning. Dipasang seragam di setiap bilik. Ya Allah ya Tuhan, sebijik macam rumahku di Melaka! Langsir mak.
Menjengah ke ruang bilik air, "Aduh, mozek ni, susunannya... memang tile mak! Cermin tu... pun sama macam mak punya!"
Hampir semuanya mengingatkan aku akan citarasa mak. Dekorasi rumah keluargaku di Pahang. Allahuakbar. Terubat rindu. Mak kena datang sini!
"Awak, apa lagi barang yang belum dibeli? Siap-siaplah. Sekejap lagi kita keluar," kata suamiku yang tiba-tiba muncul.
Hari ini hari terakhir encik suami bercuti. Esok (Ahad) dia sudah mula bekerja seperti biasa. Seboleh-bolehnya, perkakas rumah mahu dilengkapkan hari ini juga. Dapatlah aku mula memasak mulai esok. Takkan nak beli hari-hari ya tak? Kopak!
18 OGOS 2019.
Rezeki juga rahsia Allah.
2005, saat keputusan SPM diumumkan, aku tidak dapat menerima hakikat. Enam hari
kemurungan. Air mata menjadi peneman. Keluar bilik hanya untuk solat dan makan.
Kecewa!
Cita-cita mahu menyambung pengajian dalam bidang Bahasa Arab. Lima daripada
lapan pilihan UPU yang ada... kuiisi Bahasa Arab. Sayang sungguh dengan bahasa
nan satu ini. Dari darjah satu sampai tingkatan lima tak pernah tinggal.
Favourite subject!
Namun, aku tidak tahu peluang dan saluran untuk menuntut di luar negara dalam
bidang ini. Permohonan ke IPT dibuat seorang diri. Dalam Malaysia sahaja.
Langsung tak tahu boleh belajar di luar negara. Zero knowledge. Jadi, follow
the flow sahaja.
Matrikulasi - Sains Hayat
Matrikulasi
UIA - Bioscience
IPG -
Pendidikan Islam (Major) / Bahasa Arab (Minor)
Tiga tawaran yang diterima ini harus dipilih. Sekejap di IIUM, keluar pula ke
IPG. Redha. Tamat foundation satu tahun setengah di IPG, surat permohonan
pertukaran kos dihantar. Keputusannya, gagal. Masih kusimpan kemas surat
tersebut di dalam fail. Kenangan.
Deja vu. Zaman remaja aku sangat kemaruk dengan boy band. Backstreet Boys,
Westlife dan seangkatan. Zaman Jahiliyah lagi waktu ni! Satu klip video lagu
'More Than That' melekat dalam kepala hingga dewasa.
"Ya Allah, bestnya dapat memandu kereta yang tidak berbumbung di kawasan lapang tanpa ada seorang manusia pun. Tenang!" Bayangan yang sentiasa bermain di minda saat dibelenggu kekusutan.
Ah, drama queen sangat! Dunia fantasi. Percayalah, hidup tidak seindah itu. Namun, takdir Allah tak mampu diduga.
Benarkah aku di sini? Berada di sebuah kawasan desert. Saling tak tumpah pemandangannya seperti di dalam klip video itu. Sebuah negara yang benar-benar menggunakan bahasa syurga untuk berkomunikasi. Mimpi jadi realiti? Apakah sebenarnya rencana Allah?
Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim. Engkau peliharalah kami dalam keberkatan dan kerahmatan. Walau di mana berada, Engkau tetap ada. Syukur atas nikmat dunia sementara. Tempuh segala mehnah yang menduga. Dekatkan aku dengan-Mu sentiasa.
Tapi, mahu memandu di sini? Aku menghitung setiap kenderaan yang tersusun di parkir.
"Awak, banyaknya kereta kemek?"
"Ha, itu baru depan kedai ni. Cuba awak kira sepanjang perjalanan," kata suamiku.
Benar. Pemanduan mereka jauh lebih berani! Rasanya, lesen kereta akan digantung buat sementara walaupun pihak kerajaan telah membenarkan kaum wanita untuk memandu bermula tahun 2018.
Ya, mudah sahaja untuk rakyat Malaysia mendapat lesen memandu di sini berbanding orang dari negara India. Translate dan convert sahaja. Driving school akan uruskan semuanya. Tidak perlu belajar semula.
Ah, batalkan saja hasrat untuk memandu jauh. Drive depan pintu rumah saja ok kot.
"Eh, ni kenapa di line tengah pun dia drive slow?"
"Oh, perempuan rupanya."
Ah, cukup-cukuplah bermonolog! Imbau kenangan lalu.
"Awak, hari ni
saya nak pergi Home Centre lagi sekali boleh?" Mesej dikirim kepada suami
yang sedang bekerja.
"Awak nak beli apa?"
"Semalam nampak iron board kat situ ada saiz kecik sikit."
"Kita pergi Ikea nak?"
"Hah, kat sini pun ada Ikea ke?"
"Ada. Tapi, jauh sikitlah. Boleh solat jamak!"
Ikea.
Rasanya, sejak tiba di sini, kami masih belum dapat rehat yang secukupnya. Tuntutan menyempurnakan kelengkapan rumah diteruskan hingga hari ketiga. Sedikit demi sedikit.
Walaupun kepalaku masih pening-pening lalat dek perubahan waktu, iaitu lima jam ke belakang, kami tetap juga keluar mencari barang. Lebih satu jam perjalanan. Siang berganti malam. Gigih!
Sepanjang perjalanan ke Ikea yang terletak di Dhahran, iaitu sebuah bandar di Wilayah Timur, Arab Saudi dan merupakan pusat pentadbiran utama bagi industri minyak Saudi, pandanganku hanya dijamu dengan hidangan padang pasir.
Kata suami, "Awak nampak jalur berwarna coklat tu? Itu bukan awan tau, tapi pasir!"
Brown line.
Allahuakbar. Bersyukurlah andai ada awan yang memayungi. Tumpang berteduh dari suhu yang amat tinggi. Kebiruan langit jelas kelihatan. Keputihan padang pasir dari kejauhan, seluas saujana mata memandang. Masya-Allah.
Ya, pemandangan ini hanya menghadirkan bayangan Mahsyar. Bagaimana manusia dihimpunkan di satu kawasan yang sangat lapang, tetapi dalam keadaan yang tak mampu kubayang? Astaghfirullahalazim.
"Ya Allah, malam pun panas!"
"Ha, malam kat sini pun lagi panas daripada tengah hari Malaysia. Kan saya cakap kat awak, macam berjalan belakang ekzos bas!"
"Tapi, meriah betul ya kat sini. Besar sangat bandarnya. Eh, tu Costa! Caffe Bene pun ada. Awak, tu Dip n Dip, kan!"
"Awak lapar? Jom rasa meatball Ikea sini plak nak?" Encik suami dapat membaca fikiranku.
Meatball.
Waffle rangup!
Prawn Tempura.
Wajiblah ada nasi, kan!
Fruits.
Salad.
Favourite Adik Hana!
Abang Muhammad memulakan aktiviti larian setelah 'bateri' dicas semasa perjalanan tadi. Adik Hana pun tak kurang hebatnya. Semua anak Arab ditegurnya. Suka berkawan. Bukan main seronok dia berlari sambil mengunyah. Makan tu penting!
Situasi di sini sama sahaja seperti Ikea di Malaysia. Bezanya, semua pekerja ghaib saat azan berkumandang! Kaunter bayaran ditinggalkan begitu sahaja untuk menunaikan tuntutan yang lebih wajib. Solat Fardhu Isyak.
Pengalaman mengerjakan umrah suatu ketika dahulu, aku hanya melihat barisan kedai akan ditutup pintunya. Di mall seperti ini, begini pula keadaannya. Aku turut berkesempatan solat di surau Ikea.
"Where are you come from?" soal seorang wanita yang sedang menyusukan anaknya.
"Malaysia." Confident aku jawab dalam English slang!
"Sorry, where?"
"Oh, Malizia." Aku cuba menyebut dalam Bahasa Arab.
"Malizia? Masya-Allah. Masya-Allah. I'm from Bustan!"
Bustan. A village in Al Madinah Province, in western Saudi Arabia. Letih? Ya. Namun, ini juga satu pengalaman indah untuk terus diteroka.
19 OGOS 2019.
Nampaknya, kelengkapan asas di rumah hampir lengkap. Peralatan memasak yang wajib sahaja sudah pun ada. Jadi, rancangan hari ini ialah membeli bahan mentah untuk dibuat stok.
"Awak, lepas saya balik kerja nanti, kita pusing cari market yang kawan saya cakap tu. Kat situ ada seafood."
"Oh my god, seafood. Okay!"
Kusangkakan, hari-hari kena makan daging unta. Alangkah bahagia apabila mengetahui bahawa citarasa tekak ini ada juga. Syukur, alhamdulillah!
"Eh, tutup lagi? Oh, mungkin orang belum habis solat kot. Kita tunggu dalam kereta sekejap," kata suamiku.
Kami keluar dari rumah tadi pun, hari dah gelap. Oleh sebab tidak tahu jarak dan lokasi Fish Market ini, maka usai Maghrib terus sahaja kami bertolak.
Suasana pada waktu malam sangat meriah. Sepanjang perjalanan, kami melalui kawasan taman dan banyak playground diwujudkan. Ada yang berjoging, ada yang membawa anak-anak bermain.
Oh, ada juga basikal dan kereta kanak-kanak untuk disewa seperti di Pantai Klebang!
"Awak, tak panas ke dorang ni joging malam-malam?"
Ya, sekarang ialah musim panas. Suhu pada waktu siang mencecah 40 darjah celcius. Pada waktu malam, suhunya turun sedikit tetapi masih sehangat waktu tengah hari di Malaysia. Bahang. Angin panas. Sidai kain, 10 minit boleh kering!
"Dorang dah biasalah awak. Relax je berlari. Masuk musim sejuk bulan 11 nanti, bolehlah kita keluar bawak budak-budak main playground macam ni. Waktu tu lagi ramai orang! Kalau siang, dorang pergi berkelah. Orang Arab ni memang suka picnic," jelas suamiku.
Sedang asyik berborak, ada seorang lelaki datang menegur. Raut wajahnya seperti berbangsa India.
"Dia nak apa awak?"
"Dia tanya nak cuci kereta ke tak? Dorang ni memang rajin cari duit. Kereta kat sini pulak memang senang berdebu. Pasir banyak kan. Ada sajalah yang ambil upah mencuci."
Satu demi satu cerita dikongsikan oleh encik suami. Hampir enam bulan dia di sini, banyak perkara yang diperhati. Belajar mengenali budaya dan norma orang di sekeliling. Menarik!
"Ya Allah, banyaknya ikan! Udang ada. Sotong pun ada! Wah, putih jernih lagi mata. Insang merah. Perut pun keras. Kental lagi. Nyam nyam nyam... sedapnya!" 'Hantu ikan' memulakan eksperimen.
"Tenggiri? Kembung?" kata peniaga ikan yang berada di situ.
Mungkin kerana rupa paras kami benar-benar menampakkan kemelayuannya, maka dua perkataan itu kerap diulang-ulang di hadapan kami. Sememangnya dua jenis ikan itu juga ada dijual di Mat'am Asmak. Tergantung papan tanda itu di setiap tiang yang ada.
Setahu aku, mat'am itu kantin. Asmak itu jamak kepada samakun, iaitu ikan. Kira Fish Market jugalah maknanya. Time nilah nak polish skil berbahasa, kan?
"Awak, ikan Sherry ni sedap jugak buat goreng tau!"
"Sherry? Sherry Alhadad?" First time aku mendengar ikan bernama Sherry. Kelakar!
Semua ikan yang dipilih disiang, dipotong dan dibersihkan siap-siap. Malah, udang juga dikopekkan kulitnya atas permintaan pelanggan. Wah, mudah kerja ummi!
Sebelum beredar, kami dihadiahkan sebungkus kurma segar. Memang sedekah itu sudah menjadi amalan masyarakat yang menetap di sini, walaupun mereka bukan berketurunan Arab.
"Dah, jom balik. Esok boleh masak!"
20 OGOS 2019.
"Awak, hari ni kita pergi Saudi Telecom Company (STC) untuk pemasangan internet fiber dan sim card baharu awak. Nanti senang saya nak call awak."
Hari kelima di sini, masih lagi rutin keluar dari rumah selepas encik suami pulang dari tempat kerja berlaku. Kasihan encik suami. Ada sahaja urusan berbaki yang perlu diselesaikan.
Bagi mendapatkan nombor telefon tetap, prosesnya sama sahaja seperti di Malaysia. Mesti ada kad pengenalan! Di sini dipanggil Iqama. Satu Iqama hanya dibenarkan untuk membeli dua nombor telefon sahaja.
Apa itu Iqama? Panjang ceritanya. Secara ringkas, Iqama ialah residence permit untuk seseorang berada di Kingdom of Saudi Arabia (KSA). Inilah kunci utama kami untuk meneruskan hidup di sini. Banyak keistimewaannya!
"Awak, hari ni orang nak datang rumah pasang internet jugak tau! Nanti bolehlah awak tengok TV. Channel Malaysia pun dapat. Dengar-dengar orang cakap Melayu. Tak adalah awak rasa terasing sangat."
Amboi, bukan main lagi persediaan encik suami untuk isteri dan anak-anak! Bimbang kami tidak selesa dan sukar menyesuaikan diri agaknya. Sekurang-kurangnya, boleh jugalah melipat kain baju sambil menonton TV, ya tak?
Awal-awal lagi encik suami telah membeli android box melalui Lazada untuk install My IPTV 4K. Internet TV. Begitulah lebih kurang.
Tapi
Tapi
Tapi
Percayalah, spesies mak-mak ni akan tonton satu, dua rancangan saja. Lagi-lagi aku yang sukakan suasana sunyi sepi ni! Jangan lupa, kuasa remote control masih di tangan ummi. Abang Muhammad dan Adik Hana akan dipantau seperti biasa.
Ah, telefon sudah, TV pun sudah! Ingatkan dalam kereta pun dengar channel Arab. Rupa-rupanya, encik suami dah download siap-siap aplikasi Syok dalam phone. Hah, apa lagi? Cucuk saja usb untuk aktifkan Apple CarPlay!
Dan
Dan
Dan
Aku selalu tersenyum
Bayangkan kita hidup berdua
Berjalan berpegangan tangan
Takkan kau lepaskan...
Era muzik hit terbaik.
Begitulah, canggihnya peranti abad ini! Sesekali teringatkan Malaysia, boleh jugalah buat sedap halwa telinga, kan? Tahu jugalah perkembangan. Syukur seadanya.
Tapi, kasihan Abang Muhammad, CD nasyid Baghdadi, lagu Noddy dan sebagainya tidak dapat dimainkan dalam kereta ni. Radio pula hanya Era, Sinar dan beberapa pilihan sahaja yang ada. Ikim tak ada!
Hah, kalau tiba-tiba ada slot Bonda Nor kena buka TVIKIM-lah jawabnya.
Nak dengar siaran Arab? Ma fi musykilah!
21 OGOS 2019.
Tamat kisah peranti semalam. Tiba-tiba teringat karya terbaru dalam Siri Anekdot dan Cerita Kehidupan: Peranti Kehidupan terbitan Wacana MBM. Tak sabar menunggu kemunculan naskhah yang siap dicetak. Nanti beli tau!
Hampir seminggu berada di tempat orang, bahan mentah sudah dibeli. Bahan untuk memasak juga sudah pun ada bekas simpanannya. Namun, dapur baharuku tak berasap! Bukan sebab tidak memasak...
Ada dibawa dari Malaysia. Ada dibeli di sini.
Lama mengidam bekas simpanan macam ni!
Tapi
Tapi
Tapi
Dapurku, dapur elektrik!
Ya Allah, sebesar-besar dapur ni, rupanya tak perlu guna tong gas ya? Electric stove.
Aduh, masalah besar ni. Macam mana nak masak? Teringat zaman bermastautin di Baiduri Court, Puchong. Aku dan suami dihadiahkan multi-cooker jenama Pensonic. Berbekalkan periuk nan satu itu, aku gigih juga memasak untuk mengisi perut kami suami isteri.
Kusangkakan pisang tak berbuah dua kali. Rupanya, tidak. Argh, cukup tak suka memasak tanpa api! Ya Allah, Ya Rahman, bantulah hamba-Mu berhadapan dengan kecanggihan teknologi zaman ini.
Tak boleh jadi ni. Kita try yang simple dulu.
Telur dadar. ✅
Cucur manis. ✅
Jemput masin. ✅
Keropok keping. ✅
Ok, so far so good. Kita up sikit!
Nasi goreng. ✅
Ikan goreng. ✅
Sup ayam. ✅
"Rasanya, dah tahu sikit nak kawal kepanasan minyak," bisikku.
Test lagi!
Ikan stim. ✅
Ayam paprik. ✅
Udang sos tiram. ✅
Ok, keep on training! Cabaran sungguh rasanya. Macam mana nak jadi Nasi Arab kalau kawal dapur sendiri pun fail? Main hentam je pusing-pusing nombor. Api mana api?
22 OGOS 2019.
Genap seminggu berada di sini. Tugasanku masih belum bermula. Sejenis mahukan keadaan yang proper untuk menukang aksara. Ya, kerjaku masih ada untuk diteruskan!
Apabila dikhabarkan tentang projek #BKHSolo2020, aku mengambil masa beberapa hari untuk membuat keputusan. Join? Tak join? Konsepnya masih sama, swaterbit!
Tapi
Tapi
Tapi
Penyelianya ialah sifu penulisanku, Puan Sri Diah Shaharuddin. Novelis terkemuka tanah air. Kebetulan, aku merancang untuk menghasilkan buku kisah hidup sendiri pula setelah beberapa antologi berjaya diterbitkan.
Benar. Bukannya tidak pernah ada buku solo, tetapi genre buku tersebut ialah buku umum. Buku cerita? Tak ada. Jadi, inilah peluang untuk aku mencuba sesuatu yang baharu! Setuju? Siapa yang nak beli dan baca nanti tu belakang kira!
Aduh, malu dan terharu! Hari pertama aku berangkat, Puan Sri awal-awal lagi berkongsi statusku di laman Fecebook-nya. Masya-Allah, kuat sungguh ingatan beliau. Satu demi satu catatan kubaca. Cukup terharu.
Namun, setelah seminggu berhijrah, baru hari ini aku berpeluang meneliti tugasan yang diberi. Beratus mesej dalam group WhatsApp. Ya Allah, malu rasanya kerana lewat memulakan amanah!
Yeay, tempat kerja baru!
"Alhamdulillah, anak mak Absha Atiah dah selamat tiba di Saudi Arabia. Jaga diri. Assignment buat bila free nanti. Awak boleh!"
Fuh, kata-kata semangat daripada seorang guru kuserap sedalam-dalamnya! Insya-Allah, bunga di sebelah kiri dan frame di sebelah kanan (hadiah sahabat Aulia Fahada) siap sedia menyalurkan aura menulis dalam diri.
Awak, saya bawa frame awak sampai sini tau! Positive vibes. Hah, tunggu apa lagi? Ayuh, start enjin! Tak boleh berjalan naik unta, kena berlari seperti kuda. Caiyok!
23 OGOS 2019.
"Awak, saya nak mouse. Give up rasa nak menulis. Guna laptop tak ada mouse..."
"Oh, mouse hari tu awak tak bawak sini ya?"
"Tak," jawabku sepatah.
Riak wajahku mula berubah. Pedih jari-jemari menggerakkan cursor tanpa tetikus. Bukan kebiasaan. Maka, gerak kerjaku menjadi lambat. Stress weh!
"Siap-siaplah. Kita keluar sekejap. Saya nak cari screwdriver. Boleh beli mouse awak sekali!"
Sepantas kilat aku menyarungkan jubah hitam yang tersangkut di almari dan tudung sarung jenama Alfaro yang dibeli di Mydin Mall, Melaka beberapa hari sebelum berangkat ke Saudi.
"Rugi pula beli sehelai sahaja tudung ni. Material chiffon sederhana berat... elok jatuhnya. Labuh tudung bersaiz XL ini pula nampak kemas untuk wanita bertubuh kecil seperti aku. Murah pun murah," getusku.
Ya, inilah pakaian yang dikenakan setiap kali keluar dari rumah. Ringkas dan mudah.
Beberapa hari di sini, mataku asyik memerhati wanita-wanita yang menggayakan busana serba hitam. Walaupun mereka ialah warga asing yang tidak mengenakan hijab, nukhbaa hitam (ala-ala coat) mesti disarung... berzip atau berbutang, terpulang!
Pakaian ini ada dijual di reruai (booth) yang terdapat di dalam mall dengan harga 100 riyal sahaja! Murah jika dibandingkan dengan koleksi yang tersusun di butik. New arrival mencecah harga lebih 300 riyal. Tapi, memang cantiklah! Kelabu biji mataku.
"Ya ampun, syurgaku!"
Saat tiba di Maktabah Jarir (Jarir Bookstore), langkahku sudah tidak keruan. Kiri? Kanan? Atas? Bawah? Pertama kali menjejakkan kaki ke kedai buku di sini. Haru!
"Eh, sekejap. Kenapa pergi kedai buku? Kan nak cari mouse!"
"Oh, kat sini macam-macam dia jual. Bukan buku je."
Kenapa begitu? Rasa ingin tahu yang tinggi sentiasa membuatkan aku mahu mencari jawapan. Oh, benarlah... Not just a bookstore! Tagline mereka rupanya. No wonder kelihatan seperti mall.
Mouse yang ada disambar sahaja. Pink pun pink-lah! Kaki ini tidak sabar-sabar lagi mahu menaiki anak tangga untuk ke tingkat atas.
Hah, tudia! Kitab-kitab ini mengingatkan aku zaman pengajian lapan tahun yang lalu. Hang nak mu'jam apa? Semua ada!
"Awak, cepat sikit... nak Maghrib dah ni. Kang kita terkurung dalam ni!"
"Terkurung?"
"Iya. Masuk waktu solat, dorang tutup kedai. Tapi, kalau dalam mall macam ni, dia kunci pintu utama. Sesiapa yang berada di dalam tak boleh keluar. Sesiapa yang berada di luar akan menunggu sehingga pintu dibuka. Hah, kita nak balik, kan?"
"Oh, ya ya ya. Amad, Hana jom balik! Nanti kita datang sini lagi."
Hah, haruslah repeat pergi maktabah!
24 OGOS 2019.
"Kawan-kawan saya pergi Kuwait hari ni." Encik suami memulakan perbualan.
"Oh, ya? Awak nak pergi jugak ke?"
"Eh, taklah. Kita pergi Dhahran Mall nak? Saya belum guna lagi voucher company bagi bulan puasa hari tu."
"Boleh je. Budak-budak mesti nak pergi jalan-jalan tu."
Mall of Dhahran. Sizable complex with brand-name stores and a food court, plus a movie theater and kids' play center (Google). Lokasinya terletak berhampiran Ikea tempoh hari.
Hajat di hati tidak mahu melelapkan mata. Mahu menikmati panorama lautan pasir sekali lagi. Kononnya!
Baru kulihat struktur bangunan yang menghiasi perjalanan. Banyak tak banyak jugalah. Belum mampu celik awal sampai akhir. Terlelap juga di pertengahan. Namun, sempat aku merakamkan beberapa keping foto menarik. Misalnya, replika berbentuk batu-batu besar. Unik!
Bangunan atau replika?
Kompleks membeli-belah ini sangat luas. Satu tingkat sahaja, tetapi boleh tahan lenguh kaki berjalan. Katanya, kalau datang ke sini, mesti berhenti makan berkali-kali. Rehat sekejap.
Luas. Kami masuk melalui Pintu 9!
Benar. Dua kali juga kami berhenti makan. Kali pertama, kami pergi ke arah food court. Bukan calang-calang gerai tersedia, nama besar semuanya. Fast food tak terkira. Burger King, KFC, McD, apa lagi? Macam-macam ada. Haruslah nasi beriani menjadi pilihan. Satu udang. Satu kambing. Hah, puas hati. Sedap ya ampun!
Kali kedua, kami mencari kudapan sahaja di salah sebuah breakfast & brunch restaurant, iaitu Nola's. Wah, sangat mesra kanak-kanak! Ambil sahaja tempat duduk, Abang Muhammad dan Adik Hana diberikan sekeping kertas bergambar untuk diwarnakan dan sebatang crayon. Khusyuklah si kecik dua orang ni. Suasananya pun best. Macam cafe. Nice!
Bab makan belum pernah kecewa. Ada sahaja yang mahu dicuba. Sedap belaka.
Wah, diam tak diam, banyak juga barang rumah yang dibeli! Punyalah fokus, sampai tertinggal beg kertas yang tersimpan baki makanan yang dibungkus tadi. Gigih juga mencari. Malang, hilang tanpa bayang.
Aktiviti diteruskan. Ralit mata memerhati pekerja membungkus barangan yang diperbuat daripada kaca.
"Oh, dorang balut dulu ya. Satu-satu dia protect. Siap ada gulungan bubble wrap di belakang kaunter! Jarang jumpa ni."
Ya, selagi ada peluang melengkapkan keperluan rumah, selagi itu satu demi satu kedai dijengah. Mengah!
Langit cerah bertukar wajah. Gelap malam menemani perjalanan pulang kami selama satu jam lebih. Anak-anak pun dah letih. Adatlah, dah settle semua, perut kembali memalu gendangnya. Drive-thru satu!
15 Ogos 2019 - 25 Ogos 2019. Genaplah sudah 10 hari di bumi Saudi. Boleh kata, tamat Hari Orientasi. Gitu!